JOHOR BAHRU: Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan memberi rasuah RM100 kepada anggota polis di Segamat, tahun lalu. Walau bagaimanapun, P. Sattiasegar, 45, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Tertuduh didakwa memberi suapan wang tunai berjumlah RM100 kepada anggota polis berpangkat koperal bertugas Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat sebagai dorongan melepaskan kelindan lelaki warga asing disyaki…