McLaren yakin Norris, Piastri mampu raih kejuaraan dunia

McLaren yakin Norris, Piastri mampu raih kejuaraan dunia

ANDREA STELLA - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Prinsipal pasukan McLaren, Andrea Stella percaya Lando Norris dan Oscar Piastri sedang beraksi pada tahap setara dengan beberapa juara dunia Formula Satu (F1) yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini.

Dua pelumba McLaren itu muncul sebagai pencabar utama untuk kejuaraan musim 2025 setelah menamatkan perlumbaan di tempat pertama dan kedua dalam hampir separuh daripada perlumbaan setakat ini.

Stella berkata dia yakin bahawa prestasi Norris dan Piastri kini berada pada tahap yang sangat tinggi sehingga dia merasakan perbandingan dengan beberapa pemandu elit yang pernah bekerjasama dengannya adalah wajar.

“Kami mempunyai dua pemandu, yang pada tahap, menurut piawaian saya sendiri sepanjang kerjaya ini yang pernah rapat dengan ramai juara dunia.

“Saya rasa Lando dan Oscar sedang beraksi pada tahap itu, tahap yang melayakkan mereka untuk bersaing bagi kejuaraan dunia pemandu,” kata Stella.

Walaupun kelajuan jentera MCL39 menjadi faktor utama, kedua-dua pemandu itu memanfaatkan peluang mereka sepenuhnya sekaligus melebarkan jurang kepada Max Verstappen di tempat ketiga dengan kelebihan 81 mata.

Prestasi mereka mendapat perhatian daripada Stella yang pernah berkhidmat sebagai jurutera prestasi Michael Schumacher semasa era kegemilangannya pada awal 2000-an sebelum menjadi jurutera perlumbaan untuk dua lagi juara dunia, Kimi Raikkonen dan Fernando Alonso.

Selepas menyertai McLaren pada 2015 dia sekali lagi bekerjasama dengan Alonso dan turut berpeluang bekerja bersama juara F1 2009, Jenson Button. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN