McIntosh raih emas di Kejohanan Dunia Akuatik

McIntosh raih emas di Kejohanan Dunia Akuatik

SUMMER McIntosh selepas kejayaannya meraih emas acara 400 meter (m) gaya bebas wanita di Kejohanan Akuatik Dunia di Singapura, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Perenang sensasi remaja Kanada, Summer McIntosh membuka tirai Kejohanan Renang Dunia dengan ledakan emas dalam acara 400 meter (m) gaya bebas wanita, sekali gus mencetus amaran awal kepada pencabar lain di Pusat Akuatik OCBC, hari ini.

McIntosh, 18, menamatkan perlumbaan dalam masa 3 minit 56.26 saat (s) untuk menewaskan pencabar China, Li Bingjie, manakala ratu renang Amerika Syarikat (AS), Katie Ledecky hanya berpuas hati dengan gangsa.

“Ia amat bermakna kerana sebelum ini saya tidak pernah berada pada tahap terbaik dalam acara 400m, jadi ini sesuatu yang menjanjikan,”

“Sekarang saya perlu kekalkan momentum dan jadikan setiap perlumbaan sebagai peluang untuk buktikan saya dalam prestasi terbaik sepanjang karier,” kata McIntosh.

Hanya 20 minit selepas kemenangan itu, McIntosh kembali ke kolam dan layak ke final acara 200m rampaian dengan catatan terpantas, disertai oleh kejutan besar iaitu peserta berusia 12 tahun dari China, Yu Zidi.

“Saya terkejut tapi gembira, saya akan terus berusaha lebih keras dan cari detik magis di kejohanan ini,” kata Zidi.

Dalam aksi 400m gaya bebas lelaki, perenang Jerman Lukas Maertens menewaskan juara dunia 2023, Sam Short dari Australia dengan kelebihan 0.02s selepas pertarungan sengit hingga ke garisan penamat.

Australia turut menggegar hari pertama apabila menguasai kedua-dua acara 4x100m gaya bebas lelaki dan wanita, dengan kemenangan pasukan lelaki mencatat masa terpantas kejohanan iaitu 3:08.97s.

Pasukan ASpula berdepan kesukaran apabila beberapa perenang termasuk Torri Huske dan Claire Weinstein terpaksa tarik diri daripada acara pembukaan akibat jangkitan gastroenteritis dalam kem mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN