McIlroy bangkit akhiri pusingan pertama Terbuka Scotland

McIlroy bangkit akhiri pusingan pertama Terbuka Scotland

RORY McIlroy
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GLASGOW: Rory McIlroy bangkit menutup pusingan pertama Terbuka Scotland dengan penuh gaya selepas permulaan hambar apabila mencatat tiga birdie berturut-turut di lubang terakhir, sekali gus menamatkan hari pembukaan dengan skor 2 bawah par.

Juara bertahan itu sebelum ini dilihat bergelut apabila mencatat dua bogey awal, termasuk satu bogey di lubang keenam hasil tiga putt, serta satu lagi kesilapan di lubang kelima dan menemui kubu fairway di lubang ke-15.

Pada ketika itu, McIlroy mencatat satu atas par dengan baki tiga lubang untuk dimainkan.

Namun, pemain dari Ireland Utara itu menunjukkan ketenangan dan pengalaman sebagai pemenang tiga kali Jelajah PGA musim ini, apabila bangkit dengan birdie berturut-turut pada tiga lubang terakhir untuk melonjak kembali ke bawah par.

“Saya pasti menamatkan pusingan dengan lebih baik daripada saya memulakannya.Ia satu permulaan yang agak perlahan.

“Saya rasa bila kembali ke sini, kelajuan green agak perlahan berbanding biasa,” katanya kepada media selepas tamat permainan.

McIlroy, yang muncul juara di sini tahun lalu selepas membuka kempen dengan catatan 64 pukulan, hadir ke kejohanan ini selepas berehat dua minggu dari kejohanan kompetitif susulan prestasi hambar di Terbuka Kanada yang menyaksikan beliau terkeluar awal dengan skor 9 atas par.

Sepanjang tempoh rehat itu, beliau mengambil peluang untuk bermuhasabah dan mengumpul semangat baharu menjelang kejohanan besar yang akan datang, termasuk Kejohanan Terbuka di Royal Portrush minggu hadapan.

“Saya sudah bersedia untuk bermain. Perubahan suasana sangat membantu. Ia memperbaharui keterujaan dan semangat saya sepanjang musim ini,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN