Martin dijangka beraksi bulan ini

Martin dijangka beraksi bulan ini

JORGE MARTIN - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Assen, BELANDA: Aprilia memberi perkembangan terkini mengenai status pemulihan kecederaan Jorge Martin selepas pemeriksaan yang dijalankan di Barcelona pada Isnin lalu walaupun belum ada garis masa yang dimuktamadkan bagi kepulangannya ke MotoGP.

Juara dunia 2024 itu telah bergelut dengan kecederaan sepanjang tahun ini dengan pelbagai keretakan akibat insiden berasingan menyebabkan dia terlepas tiga pusingan pembukaan musim ini.

Kemalangan semasa Grand Prix (GP) Qatar ketika Martin kembali berlumba menyebabkan keretakan semakin serius pada pergelangan tangan dan tulang rusuknya sekali gus menghalangnya daripada berlumba sejak itu.

Martin kini sedang meningkatkan latihan fizikalnya dan dijangkakan dia bermungkinan kembali berlumba seawal bulan ini apabila berdasarkan pemeriksaan pada Isnin lalu mendapati tulang skafoidnya sedang sembuh dengan baik namun belum pulih sepenuhnya.

“Laporan oleh Dr. Xavier Mir berkenaan tulang skafoid: perkembangan klinikal adalah baik, dengan hampir julat pergerakan penuh pada tulang skafoid.

“Ketika ini, penyatuan tulang belum mencapai 100 peratus namun proses penyembuhan berjalan dengan positif walaupun pembaikan belum sepenuhnya selesai.

“Laporan oleh Dr. Angel Charte berkenaan patah tulang rusuk: terdapat peningkatan ketara pada kawasan patah kebanyakan tulang rusuk kiri. Walaupun terdapat kemajuan yang ketara, beberapa patah tulang masih belum sembuh sepenuhnya,” kata Aprilia.

Aprilia turut berkata Martin tidak dapat mengambil bahagian dalam GP Jerman yang dijadualkan berlangsung pada 13 Julai ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN