LONDON: Pelumba Ducati, Marc Marquez dilaporkan mendesak Ducati untuk menandatangani seorang bakat cemerlang dari Moto2.
Marquez mempunyai persahabatan yang sangat baik dengan Diogo Moreira dan ingin membantu memudahkan kenaikan pangkatnya ke MotoGP, menurut laporan Sky Italia.
Namun, sudah terdapat barisan pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat Moreira dan Ducati bukanlah yang berada di hadapan.
“Honda sedang mempertaruhkan segala-galanya untuk Diogo Moreira,” kata Sky Italia.
Honda dilaporkan mahu menawarkan kontrak selama tiga tahun bernilai 1.5 juta euro (RM7.44 juta) setiap musim kepada Moreira dan perjanjian itu akan menempatkan pelumba itu bersama projek LCR terlebih dahulu, sebelum dua tahun lagi bersama pasukan kilang Honda.
“Honda telah mengambil beberapa langkah drastik ke arah menandatangani Moreira,” kata laporan itu lagi.
Namun, Moreira juga dikatakan sedang dalam rundingan terbuka bersama Yamaha juga telah pun menyediakan motosikal latihan kepadanya serta dengan Trackhouse Aprilia.
Honda kini berada di hadapan dalam perebutan pelumba Moto2 itu tetapi penglibatan Marquez mungkin boleh mengubah keadaan.
“Cadangan balas daripada Ducati akan menjadi satu perubahan besar. Kata-kata Marquez mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam Ducati. Marquez sedang mendesak untuk membuka ruang segera kepada Moreira di Ducati,” kata laporan tersebut. – AGENSI