GUA MUSANG: Seorang lelaki yang pernah mencipta rekod sebagai manusia tertinggi di Malaysia terpaksa hidup berkurung dalam rumahnya di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 3, di sini selepas menghadapi sakit tulang dan tidak dapat berjalan sejak dua tahun lalu. Mohd. Azli Hisyam Abdul Ghafar, 31, yang menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai manusia tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 2.11 meter pada 2013 kini terbatas pergerakannya apabila hanya mampu…