BATU PAHAT: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 84.8 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, malam tadi. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.33 malam melibatkan mangsa, Vigneshwaraan Ramesh, 23, yang menunggang dari arah Muar menuju Johor Bahru. Ketika tiba di lokasi, motosikal mangsa melanggar sebuah kereta dinaiki pasangan suami isteri warga asing yang berhenti akibat kerosakan enjin dan sedang menunggu bantuan. Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya