KLUANG: Seorang lelaki dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah melakukan kelucahan melampau di hadapan seorang wanita, minggu lalu. Ishak Abdul Hamid, 54, mengangguk faham dan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Kluang, Mustaqim Sukarno, hari ini. Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan onani di tempat awam, iaitu di hadapan seorang wanita berusia 22 tahun di tepi Jalan Lada Hitam, Kluang pada pukul 4.40 petang, 16…

 
								 
											









