Lebih 430,000 guru boleh mula tebus Baucar Buku Guru Madani

Lebih 430,000 guru boleh mula tebus Baucar Buku Guru Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lebih 430,000 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) boleh mula membuat tebusan Baucar Buku Guru Madani bernilai RM100 bermula hari ini sehingga 30 September depan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, bagi tujuan penebusan, PPP perlu melayari laman utama DELIMa di https://d2.delima.edu.my/login dan klik pautan ‘Tebus Baucar Buku Guru Madani 2025’.

Katanya, inisiatif baucar buku ini telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu Majlis Perasmian Penutup Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025.

“Ia adalah hadiah ilmu bagi golongan pendidik bertujuan untuk membudayakan amalan membaca dan pembelajaran sepanjang hayat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan inisiatif terbaharu itu dan pemberian Baucer Buku Madani kepada pelajar universiti masih diteruskan dengan beberapa pengubahsuaian yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Peluasaan pemberian baucer itu merupakan usaha berterusan kerajaan untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN