KKM mahu perkasa penggunaan AI

KKM mahu perkasa penggunaan AI

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan analitik data di dalam Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai usaha untuk memperkukuh sistem kesihatan awam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pendekatan itu perlu dilaksanakan bagi menangani cabaran semasa termasuk kesan urbanisasi, beban penyakit berganda serta ketidaksamaan akses kepada perkhidmatan kesihatan.

“AI bukanlah pengganti kepada tenaga manusia, sebaliknya menjadi pemangkin dalam memperkukuh pencegahan awal.

“Selain itu, AI juga meningkatkan kecekapan penggunaan sumber dan menjamin perkhidmatan kesihatan yang lebih adil dan menyeluruh,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata,inisiatif berasaskan teknologi itu sudah pun dimulakan menerusi penggunaan Sistem Pengurusan Klinikal Berasaskan Awan (CCMS) di 80 klinik.

Malah, jelasnya, sebanyak 230 klinik dan 22 hospital beralih kepada penggunaan Rekod Perubatan Elektronik (EMR).

“Institut Kesihatan Negara (NIH) juga membangunkan model AI bagi beberapa penyakit seperti Covid-19, retinopati diabetik dan kusta.

“Ketika ini, NIH sedang membangunkan persekitaran penyelidikan berasaskan awan yang dikenali sebagai Trusted Research Environment (TRE), iaitu platform analitik yang selamat dan membolehkan kolaborasi antara pelbagai pihak,” katanya.

Tambahnya, transformasi sistem kesihatan negara tidak boleh digerakkan oleh kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan penyertaan aktif daripada semua pihak termasuk penyelidik, pengamal perubatan serta pembuat dasar.

“Bersama kita jayakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN