Khidmat Ahmad Shabery di Felda berakhir semalam

Khidmat Ahmad Shabery di Felda berakhir semalam

Ahmad Shabery
AHMAD SHABERY CHEEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Khidmat Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi Felda berakhir berkuatkuasa semalam.

Felda dalam kenyataan berkata, Ahmad Shabery mengakhiri tugasnya dengan mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Felda pada pukul 2.30 petang.

“Pengurusan dan seluruh warga Felda merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas jasa dan bakti sepanjang 2 tahun perkhidmatan memegang amanah sebagai Pengerusi Felda,” katanya.

Ahmad Shabery dilantik sebagai Pengerusi Felda pada 1 Julai 2023.

Beliau yang pernah menjadi Ahli Parlimen sebelum ini pernah dilantik sebagai Menteri membabitkan beberapa kementerian antaranya Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN