KDNKA rampas minyak sawit dalam stor ladang kelapa sawit

KDNKA rampas minyak sawit dalam stor ladang kelapa sawit

sebuah kepala lori berserta tanker yang mengandungi 30,000 liter CPO, van, tiga pam minyak bermotor beserta hose, sebuah IBC tank berkapasiti 1,000 liter mengandungi 200 liter CPO, dan tangki plastik berkapasiti 1400 liter mengandungi lebih kurang 1,400 liter minyak CPO.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) menyerbu sebuah stor tersorok di dalam ladang kelapa sawit di Lahad Datu, Sabah dan merampas minyak sawit mentah (CPO) yang dianggarkan seberat 30,148 tan bernilai RM152,090.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah KDNKA, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, operasi bersepadu integrasi intra / inter agensi melalui Op Taring itu dijalankan pada 7 petang, 15 Julai lalu.

Operasi disertai pasukan Wildlife Crime Bureau /Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Bukit Aman bersama pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu serta pasukan pegawai penguat kuasa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Menurutnya, serbuan yang dilakukan ke atas sebuah stor tersorok di dalam ladang kelapa sawit di Lahad Datu, Sabah berjaya menahan empat lelaki berusia 20 hingga 31 tahun.

“Turut dirampas, sebuah kepala lori berserta tanker yang mengandungi 30,000 liter CPO, van, tiga pam minyak bermotor beserta hose, sebuah IBC tank berkapasiti 1,000 liter mengandungi 200 liter CPO, dan tangki plastik berkapasiti 1400 liter mengandungi lebih kurang 1,400 liter minyak CPO.

“Kami turut merampas sebuah tong drum berkapasiti 200 liter mengandungi lebih kurang 20 liter CPO dengan keseluruhan rampasan CPO dianggarkan seberat 30,148 tan yang bernilai RM152,090 manakala nilai rampasan keseluruhan di dalam operasi ini dianggarkan berjumlah RM645,890,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, siasatan dijalankan oleh pihak MPOB mengikut Peraturan 5 (1) (b) peraturan-peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (perlesenan) 2005 yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM200,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di dalam serbuan yang sama, pihaknya turut mengeluarkan sebanyak lima saman pol 257 ke atas pemilik dan pemandu kenderaan yang diperiksa atas pelbagai kesalahan iaitu lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans kenderaan dan tidak memiliki lesen memandu.

“Operasi ini dilancarkan bagi membanteras sebarang kegiatan melibatkan CPO yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh MPOB yang mana sekiranya tidak dikawal berupaya memberikan ancaman terhadap keselamatan makanan dan alam sekitar

“Selain itu, penyelewengan CPO juga akan mengurangkan hasil cukai dan merugikan industri sawit yang merupakan penyumbang utama kepada keluaran dalam negeri kasar (KDNK) negara,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN