Syafiq rangkul gelaran ketiga terbuka kebangsaan

Syafiq rangkul gelaran ketiga terbuka kebangsaan

Atlet Boling Tenpin negara, Muhammad Syafiq Ridhwan Abdul Malek bersama Gillian Lim merangkul kejuaraan Kejohanan Boling Terbuka Kebangsaan ke-48 dalam kategori Terbuka Lelaki dan Wanita di Sunway Megalanes, kelmarin. - IHSAN MTBC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Atlet boling tenpin negara, Muhammad Syafiq Ridhwan Abdul Malek mengakui kejayaan merangkul gelaran ketiga Kejohanan Boling Terbuka Kebangsaan cukup istimewa, malah mungkin yang terakhir buatnya sebagai pemain kebangsaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Syafiq, 40, menewaskan Tun Hakim Tun Hasnul Azam 191-164 dalam final stepladder lelaki di Sunway Megalanes, kelmarin untuk menamatkan saingan dengan penuh bergaya.

“Ini kali ketiga saya memenangi Kejohanan Boling Terbuka Kebangsaan dan mungkin ini kali terakhir saya memenanginya dengan memakai jersi pemain kebangsaan, jadi kemenangan kali ini cukup bermakna buat saya,” katanya selepas perlawanan.

Kejayaan itu hadir selepas Syafiq bangkit daripada kedudukan tercorot ketiga selepas blok pertama, sebelum melakukan perubahan strategi dengan memilih bola yang lebih stabil.

Percaturan itu membuahkan hasil apabila dia melonjak ke kedudukan kedua sebelum sekali lagi menewaskan Tun Hakim, 226-214, pada pusingan sebelumnya untuk mengesahkan tiket ke final.

Gelaran itu turut memberi suntikan kepada peluang Syafiq untuk dipilih mewakili Malaysia ke Kejohanan Asia di Doha, dengan kejohanan kali ini menjadi antara kriteria pemilihan.

Dalam saingan wanita, Gillian Lim turut menamatkan kemarau prestasi apabila muncul juara selepas menewaskan Adelia Nur Irwan Syazalee 195-165 pada final stepladder wanita.

Kejohanan Terbuka Kebangsaan kali ini juga membuka peluang buat Syafiq memburu misi lebih besar di Doha, dengan pemain berpengalaman itu menyasarkan untuk membantu Malaysia muncul juara keseluruhan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN