Jodoh Pearly-Thinaah berkekalan hingga 2028

Jodoh Pearly-Thinaah berkekalan hingga 2028

PRESIDEN Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (tengah) bersama beregu wanita negara, Pearly Tan (kanan) dan M. Thinaah pada sidang media khas di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, hari ini. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemelut kontrak Pearly Tan dan M. Thinaah akhirnya terlerai apabila pasangan beregu wanita negara itu menandatangani kontrak baharu bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selama empat tahun hingga 2028.

Kontrak yang dimeterai jam 6.31 petang, hari ini itu menyaksikan mereka kekal bersama BAM hingga temasya Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028 dan menamatkan spekulasi bahawa mereka bakal bergerak secara profesional.

Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata perjanjian itu dicapai hasil rundingan konstruktif serta komitmen bersama untuk mencari jalan terbaik demi masa depan badminton negara.

“Terma-terma kontrak tidak boleh dikongsi bagi menghormati kedua-dua pihak. Satu perkara yang saya boleh katakan, jika beraksi dengan baik, mereka patut diberi ganjaran yang lebih,” kata Zafrul dalam sidang media khas di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, hari ini.

Thinaah dalam pada itu mengakui mereka kini berasa lega dan bersedia memberi fokus penuh kepada tiga kejohanan utama akan datang termasuk Terbuka Jepun, China dan Kejohanan Dunia di Paris pada Ogos ini.

“Ianya bukan salah mana-mana pihak (melambatkan kontrak), tetapi jadual kejohanan kami yang sangat padat. Kami sangat lega, semua sudah selesai dan kini boleh fokus ke hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN