JDT sambar khidmat Teto Martin 

JDT sambar khidmat Teto Martin 

Kehadiran Teto dijangka memberi lebih banyak pilihan taktikal buat pengendali JDT, Xisco Munoz khususnya di posisi sayap selain memperkukuh persaingan dalam kalangan pemain sedia ada.-FB JOHOR SOUTHERN TIGERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memperkasakan pasukan musim depan apabila menandatangani pemain muda berbakat dari Sepanyol, Teto Martin.

Pengumuman perpindahan pemain sayap berusia 23 tahun itu dibuat menerusi laman sosial Johor Southern Tigers , dengan Teto menjadi rekrut terbaharu Harimau Selatan.

“Pemain tengah muda dari Sepanyol milik kami. Selamat datang ke JDT, Teto,” kata JDT secara ringkas di platform media sosial rasmi kelab berkenaan, semalam.

Teto atau nama sebenarnya Alberto Martin Diaz, menyertai JDT selepas meninggalkan kelab Sepanyol, CD Tenerife, yang mana dia melakukan 21 penampilan dalam saingan La Liga 2 selain dua kemunculan dalam Copa del Rey.

Kehadiran Teto dijangka memberi lebih banyak pilihan taktikal buat pengendali JDT, Xisco Munoz khususnya di posisi sayap selain memperkukuh persaingan dalam kalangan pemain sedia ada.

Pada musim depan, JDT berwajah baharu dengan penyertaan pemain import berkualiti selain turut diperkuatkan dengan tiga pemain warisan Harimau Malaya, Jon Irazabal, Hector Hevel dan Joao Figueiredo.

Harimau Selatan akan membuka kempen Liga Malaysia (Liga M) berdepan Selangor FC dalam perebutan Piala Sumbangsih pada 8 Ogos ini di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN