LIMBANG: Lelaki yang dibaham buaya ketika memancing di sungai Kampung Pandam di sini, semalam dijumpai kira-kira pukul 2.28 petang tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata jasad mangsa berusia 58 tahun itu dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira satu kilometer dari Pusat Kawalan Bomba. “Jasad mangsa ditemu dalam keadaan sempurna dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan. Mangsa dilaporkan hilang dipercayai dibaham buaya…










