Indonesia hadapi laluan berliku ke Piala Dunia 20

Indonesia hadapi laluan berliku ke Piala Dunia 2026

Indonesia diundi bersama Arab Saudi dan Iraq dalam Kumpulan B pusingan akhir kelayakan Asia ke Piala Dunia 2026. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cabaran getir menanti skuad kendalian Patrick Kluivert apabila Indonesia diundi bersama Arab Saudi dan Iraq dalam Kumpulan B pusingan akhir kelayakan Asia ke Piala Dunia 2026.

Kumpulan A pula menyaksikan tuan rumah Qatar diundi bersama Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman selepas undian berlangsung di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Kuala Lumpur, semalam.

Perlawanan bagi kedua-dua kumpulan akan berlangsung secara liga sepusingan pada Oktober ini di Arab Saudi dan Qatar.

Dua juara kumpulan akan menyertai enam pasukan Asia yang telah layak ke kejohanan Piala Dunia edisi 48 pasukan di Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada tahun depan.

Dua pasukan naib juara pula akan berentap secara timbal balik pada November bagi merebut satu tempat ke playoff antara benua.

Indonesia yang terakhir kali layak ke Piala Dunia pada 1938 kini memperkukuh cabaran dengan merekrut pemain dan staf kelahiran Belanda, termasuk pelantikan Jordi Cruyff sebagai penasihat teknikal.

Arab Saudi dijangka menjadi pilihan utama untuk mengungguli Kumpulan B berdasarkan kelebihan selaku tuan rumah dan pengalaman layak tujuh kali ke pentas dunia.

Qatar yang menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022 pula dijangka menguasai Kumpulan A di laman sendiri manakala UAE dan Oman dilihat pencabar sengit. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN