Ikan lumba-lumba mati terdampar di Pantai Tanjong Tokong

Ikan lumba-lumba mati terdampar di Pantai Tanjong Tokong

SEEKOR ikan lumba-lumba spesies Finless Porpoise ditemui mati terdampar di pesisir Pantai Tanjung Tokong, Pulau Pinang. - GAMBAR/FACEBOOK JABATAN PERIKANAN (DOF) PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seekor ikan lumba-lumba spesies Finless Porpoise dijumpai mati terdampar di pesisir Pantai Tanjung Tokong di sini, Isnin lalu.

Penemuan tersebut dilaporkan oleh orang awam kepada pihak Jabatan Perikanan (DOF) Pulau Pinang sebelum sepasukan pegawai dari Cawangan Konservasi dan Perlindungan jabatan itu digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurut jurucakap DOF negeri, hasil pemeriksaan mendapati, bangkai ikan lumba-lumba itu berukuran kira-kira 1.40 meter panjang dan dikenal pasti sebagai spesies yang tergolong dalam kategori mamalia marin terancam.

“Data berhubung insiden ini telah direkodkan sebagai sebahagian daripada pemantauan terhadap populasi dan ancaman spesies marin di negeri ini,” kata beliau.

Katanya, ketika ini, bangkai ikan lumba-lumba berkenaan telah ditanam di lokasi yang bersesuaian sebagai langkah pelupusan yang selamat dan teratur.

Pada masa sama, beliau turut menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan sebarang kejadian kematian atau kedamparan mamalia marin di perairan negeri ini sebagai sebahagian daripada usaha pemuliharaan biodiversiti laut negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN