Hampir 20 tan sampah ditinggal selepas Himpunan Turun Anwar

Hampir 20 tan sampah ditinggal selepas Himpunan Turun Anwar

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hampir 20 metrik tan sampah ditinggalkan selepas Himpunan Turun Anwar yang berlangsung di ibu negara, semalam.

Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan pekerja pembersihan terpaksa bekerja sehingga lewat malam bagi membersihkan kawasan sekitar Kuala Lumpur.

“Biar fakta bicara. Hampir 20 metrik tan sampah ditinggalkan selepas perhimpunan pembangkang PN semalam. Pekerja-pekerja pembersihan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) terpaksa bekerja sehingga lewat malam untuk membersihkan kawasan sekitar ibu kota.

“Sikap pengotor ini amat dikesali. Sangat memalukan,” katanya menerusi hantaran di platform media sosial X, hari ini.

Semalam, akhbar ini melaporkan, polis menganggarkan seramai 18,000 orang menyertai perhimpunan tersebut yang diadakan di Dataran Merdeka.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan berkata, himpunan berkenaan berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal meskipun terdapat beberapa isu teknikal yang tidak dipersetujui pada peringkat awal.

Difahamkan, himpunan anjuran pembangkang itu bertujuan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya meletakkan jawatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN