PETALING JAYA: Google mengiktiraf Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Content Forum) sebagai rakan kerjasama menerusi Program Priority Flagger dalam usaha memperkukuhkan keselamatan digital dan memastikan pematuhan dasar kandungan di Malaysia. Dengan pelantikan itu, Content Forum akan memainkan peranan lebih aktif dalam melaporkan kandungan yang berpotensi melanggar dasar di platform Google dan YouTube khususnya melibatkan sensitiviti tempatan dan budaya masyarakat Malaysia. Pengarah Negara Google Malaysia, Farhan S. Qureshi berkata, kerjasama…










