England pertahan trofi Euro Wanita 2025  

England pertahan trofi Euro Wanita 2025  

PASUKAN bola sepak wanita England menjulang piala Euro wanita 2025-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BASEL, Switzerland: Chloe Kelly menyempurnakan sepakan penentuan untuk membantu England menewaskan Sepanyol 3-1 menerusi penentuan penalti final Euro Wanita 2025

Perlawanan semalam berakhir dengan terikat 1-1 selepas masa tambahan, malah kemenangan itu membolehkan skuad Lionesses membalas dendam atas kekalahan mereka di final Piala Dunia dua tahun lalu sekali gus mengekalkan gelaran Eropah.

Sepanyol seolah-olahkan mengulangi kejayaan mereka menewaskan England di Sydney pada 2023 apabila mereka mendominasi perlawanan di St Jakob-Park, Basel dan mendahului menerusi tandukan pada separuh masa pertama menerusi Mariona Caldentey.

Namun England tidak panik, Alessia Russo menyamakan kedudukansebelum minit ke-60, dan ketiadaan gol tambahan memaksa perlawanan ditentukan menerusi penalti, di mana Kelly sekali lagi memberi impak besar dari bangku simpanan menjaringkan penalti kemenangan.

“Saya tenang, saya yakin. Saya tahu saya akan menjaringkan gol,” kata Kelly kepada BBC.

Kekalahan semalam merupakan pengalaman menyakitkan bagi Sepanyol, yang gagal menyempurnakan tiga sepakan penalti, termasuk daripada pemain terbaik dunia Aitana Bonmati.

Skuad bimbingan Sarina Wiegman kini menjadi juara Eropah dua kali berturut-turut, tiga tahun selepas menewaskan Jerman dalam masa tambahan di Wembley untuk memenangi kejohanan utama pertama dalam sejarah bola sepak wanita England. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN