Emma Watson dilarang memandu selama enam bulan - Utusan Malaysia

Emma Watson dilarang memandu selama enam bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WYCOMBE: Gara-gara melanggar had laju ditetapkan, mahkamah tinggi di sini mengenakan sekatan memandu selama enam bulan terhadap pelakon Emma Watson.

Hukuman diputuskan selepas bintang filem Harry Potter itu didapati bersalah memandu kenderaan jenis Audi miliknya dengan kelajuan 61 kilometer sejam sekitar Oxford, England pada 31 Julai lalu.

Mahkamah pada masa yang sama turut mengarahkan Watson, 35, membayar denda berjumlah A$D1,400 (RM5,944).

Aktres itu bagaimanapun tidak hadir ketika hukuman tersebut dibacakan.

Dia juga tidak memberi maklum balas apabila diminta untuk mengulas mengenai perkara tersebut oleh media tempatan.

Watson yang juga seorang aktivis hak wanita terkenal dengan watak Hermione Granger yang dilakonkannya menerusi kesemua lapan filem Harry Potter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN