Eksport lada negara berjumlah RM180 juta tahun lalu

Eksport lada negara berjumlah RM180 juta tahun lalu

FOONG Hin (tengah) melawat reruai pempamer di program Kempen Penggunaan Lada di IOI Mall, Kulai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Malaysia muncul antara lima negara pengeluar utama lada dunia setelah merekodkan nilai eksport berjumlah RM180 juta, tahun lalu.

Menurut Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin, nilai eksport lada negara mencatatkan peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding tahun 2023 dengan Jepun pasaran utama sebanyak 49 peratus.

Katanya, eksport lada ke Jepun membuktikan pengiktirafan antarabangsa terhadap kualiti produk tempatan yang bernilai tinggi. 

“Walaupun penghasilan lada negara tidak sampai 6,000 tan, namun kita berjaya merekodkan nilai eksport kira-kira RM180 juta, nilainya sangat besar. 

“Sebab itu, Lembaga Lada Malaysia (MPB) tidak mahu perladangan lada ini terhad di Sarawak, kita menggalakkan penanaman lada di seluruh Malaysia, terutama di Johor,” katanya selepas menyempurnakan Kempen Penggunaan Lada di IOI Mall, di sini hari ini.

Foong Hin berkata, penanaman lada akan diperluas ke seluruh negara menerusi bantuan MPB merangkumi penyediaan benih, baja dan sokongan teknikal kepada usahawan. 

Beliau turut menyambut baik usaha kerajaan negeri yang menyediakan peruntukan bagi memperluas aktiviti penanaman lada di Johor.

“Kementerian melalui MOB juga menyediakan peruntukan hampir RM5 juta bagi program tanam  semula, promosi dan pembangunan keusahawanan lada. Penggunaan lada meningkat, mendorong kemunculan produk hiliran baharu seperti aiskrim lada, sambal lada, kopi dan teh berperisa lada yang kini mendapat sambutan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×