‘Saya tunggu keputusan malam ini’

‘Saya tunggu keputusan malam ini’

CHAB Foong Hin bersama isterinya Koh Chen Yean mengundi di SK Bahang, Penampang pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru, Datuk Chan Foong Hin bersama isteri, Datin Koh Chen Yean hadir untuk membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bahang di sini pada pukul 8.47 pagi tadi.

Foong Chin berkata, beliau akan menunggu keputusan pilihan raya dengan tenang pada malam ini.

Foong Hin, yang juga Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, berdepan saingan sembilan penjuru dalam usaha meraih sokongan 21,264 pemilih berdaftar di DUN berkenaan.

Sementara itu, calon DAP bagi DUN Luyang, Chan Loong Wei, juga selesai mengundi di SK Luyang kira-kira 9.40 pagi.

Loong Wei, yang juga Ketua Belia Sosialis DAP (DAPSY) Sabah, bertemu empat pencabar untuk memenangi kerusi terbabit yang mempunyai 35,262 pengundi berdaftar. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×