KERANCAKAN era digital hari ini, ramai dalam kalangan masyarakat, tanpa sedar menjadikan media sosial sebagai tempat melampiaskan amarah, meluah kecewa dan membuka aib bekas pasangan. Walhal dalam ajaran Islam, perbuatan tersebut tergolong dalam dosa besar yang perlu dijauhi. Berkongsi pandangan dengan Mingguan Malaysia, Imam Tua Masjid Hassanain, Mukim Kuala Semerak, Imam Ahmad Attaillah Mohd. Shai berkata, perceraian meski pun dibenarkan dalam Islam, namun bukanlah tiket untuk mengaibkan antara satu sama lain selepas berpisah. “Perlu difahami, walaupun perceraian sah secara syarie, ia tidak membatalkan tanggungjawab menjaga maruah dan kehormatan bekas pasangan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya