KUALA LUMPUR: ASEAN perlu terus memelihara komitmennya terhadap hak asasi manusia supaya selari dengan Visi ASEAN 2045 yang mengiktiraf usaha pembinaan komuniti ASEAN. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, aspirasi ASEAN yang berdaya tahan, dinamik dan berorientasikan rakyat hanya bermakna sekiranya negara anggota memastikan hak dan maruah rakyat terpelihara. “Integrasi serantau sebenar hanya dapat dicapai sekiranya ASEAN memperkasa rakyatnya supaya mereka dapat bersama menikmati hasil kemakmuran bersama, pertumbuhan saksama dan keadilan sosial,” katanya dalam ucapan pembukaan Sidang Khas bersama Menteri-Menteri Luar ASEAN dan Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya