Alvarez digantung kerana ubat gugur rambut

Alvarez digantung kerana ubat gugur rambut

YERAY Alvarez digantung sementara selepas diuji positif dalam aksi separuh akhir Liga Europa (UEL) menentang Manchester United pada Mei lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Pemain pertahanan Athletic Bilbao, Yeray Alvarez berdepan hukuman berat selepas disahkan gagal ujian doping susulan pengambilan ubat rawatan keguguran rambut yang mengandungi bahan terlarang.

Pemain berusia 30 tahun itu digantung sementara selepas diuji positif dalam aksi separuh akhir Liga Europa (UEL) menentang Manchester United pada Mei lalu.

“Saya didapati positif kerana tanpa sengaja mengambil ubat untuk mencegah keguguran rambut yang mengandungi bahan terlarang.

“Prosedur disiplin sedang disiasat dan saya digantung sementara serta tidak dibenarkan mengulas lanjut, namun dengan sokongan kelab, saya akan mempertahankan diri,” kata Alvarez.

Bilbao tewas 0-3 dalam aksi pertama di San Mames dan dibelasah 1-4 dalam perlawanan timbal balik, menjadikan agregat 1-7 berpihak kepada Red Devils.

UEFA dalam kenyataan ringkas berkata, mereka tidak akan memberi komen lanjut sehingga keputusan muktamad disiplin diumumkan.

Alvarez sebelum ini disahkan menghidap kanser testis pada 2016 dan ubat berkaitan alopecia itu dikatakan sebahagian daripada rawatan pemulihan.

Kelab berpangkalan di Basque itu menyatakan sokongan padu kepada Alvarez yang telah membuat 257 penampilan bersama pasukan utama sejak debut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN