220 juta belia ASEAN bawa potensi besar

220 juta belia ASEAN bawa potensi besar

HANNAH Yeoh ketika bergambar bersama wakil-wakil para belia komuniti ASEAN pada Majlis Pembukaan ASEAN Youth Volunteer Forum 2025 di Auditorium Sasana Kijang di sini hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Populasi belia ASEAN mencecah 220 juta orang boleh menjadi sumber tenaga yang besar sekiranya diberikan peluang dan kemahiran baharu yang sesuai.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, mereka berpotensi membantu menangani pelbagai isu sosial di negara-negara anggota ASEAN.

Justeru itu katanya, penyertaan belia dalam program kesukarelawanan serantau dilihat mampu menggerakkan pembentukan komuniti ASEAN yang lebih inklusif, progresif dan berpaksikan nilai kemanusiaan.

“Kalau kita berjaya mencungkil bakat 220 juta ini, ASEAN ini adalah potensi tenaga kerja yang muda dan mempunyai banyak potensi untuk menarik pelaburan,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian ASEAN Youth Volunteer Forum 2025 di sini hari ini.

Katanya, program seperti ASEAN Youth Volunteer Forum memberi ruang kepada generasi muda untuk menyumbang secara langsung kepada pembangunan sosial serantau sambil membina pengalaman lapangan.

Dalam pada itu, 25 sukarelawan belia akan digerakkan ke Kota Kinabalu dan 25 lagi ke Kuching bermula 13 hingga 19 Julai ini bagi menjalani latihan lapangan serta menyertai aktiviti bersama komuniti tempatan.

Antara aktiviti yang dirancang termasuk mengecat bangunan, menaik taraf kemudahan sukan dan menganjurkan program bersama penduduk setempat.

Hannah turut merakamkan penghargaan kepada golongan muda sambil menyifatkan semangat kesukarelawanan pada usia muda sebagai sesuatu yang luar biasa dan semakin jarang ditemui dalam kalangan generasi hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN