PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 15 September 2025, Isnin diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.
Perdana Menteri berkata, Hari kelepasan ini bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia.
“Ini juga bagi memberi galakan agar rakyat menjalinkan silaturahim sesama keluarga di kampung atau meluangkan masa bercuti di dalam negara,” katanya dalam pengumuman khas hari ini. – UTUSAN