Wacana Siyasah Syar'iyyah diperluaskan ke seluruh negara - Utusan Malaysia

Wacana Siyasah Syar’iyyah diperluaskan ke seluruh negara

ZULKIFLI Hasan ketika melancarkan Buku Dialog Politik Islam selepas Wacana Siyasah Syar’iyyah di Dewan Sheikh Daud Al-Farhoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Program Wacana Siyasah Syar’iyyah anjuran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan diperluaskan ke setiap negeri.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, wacana ini akan diadakan secara bersiri bagi memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai kefahaman politik yang sebenar.

“Kami Ingin tawarkan kepada mana-mana negeri yang inginkan (bersama anjurkan wacana itu), kita boleh bersama untuk melaksanakannya.

“Kita rasakan bahawa panel-panel kita akan kekalkan dan juga ramai (panel) lagi yang kita boleh kenal pasti untuk kita teruskan siri wacana ini,” katanya ketika merasmikan Wacana Siyasah Syar’iyyah dan buku dialog politik Islam di sini, hari ini.

Terdahulu, siri pertama wacana itu menampilkan Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil dan penulis buku dialog politik Islam, Marwan Bukhari A Hamid.

Menurut Zulkifli, pihaknya merasakan bahawa kefahaman politik yang menjadi kunci perbalahan itu perlu dinoktahkan dengan keilmuan.

Namun katanya, politik bukan punca utama perbalahan masyarakat, sebaliknya kefahaman yang cetek terhadap politik menjadi penyebab utama perpecahan dalam masyarakat hari ini.

Jelasnya lagi, ketika in, wujudnya fenomena masyarakat yang harmoni dalam hal agama dan kekeluargaan, tetapi mudah bergaduh apabila berbicara soal politik sekali gus menunjukkan ketidakmatangan wacana politik dalam kalangan rakyat.

“Kefahaman yang lebih mendalam terhadap politik dan konsep negara bangsa harus digerakkan melalui aktivisme keilmuan dan wacana ilmiah, bukan emosi semata-mata,” katanya.

Katanya, khilaf para sahabat dalam politik dijadikan contoh bagaimana perbezaan boleh diraikan tanpa menjejaskan perpaduan satu teladan untuk masyarakat moden. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN