Sze Fei-Izzuddin lemas saat genting

Sze Fei-Izzuddin lemas saat genting

GOH Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tewas kepada pasangan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 19-21, 21-9, 19-21 pada aksi suku akhir Terbuka Indonesia, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki utama negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terus dihantui masalah tekanan permainan apabila terkandas di suku akhir Terbuka Indonesia 2025, hari ini.

Gandingan No.1 dunia itu terpaksa akur ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan tuan rumah, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani selepas tewas 19-21, 21-9, 19-21 dalam tempoh 57 minit di Istora Senayan, Jakarta.

Nur Izzuddin mengakui kegagalan mengawal tekanan di penghujung permainan membuka peluang kepada pasangan Indonesia merebut mata kemenangan.

“Kami agak gementar di penghujung perlawanan. Mereka pula lebih tenang dan berjaya kawal emosi dengan lebih baik,” kata Izzuddin selepas perlawanan.

Sze Fei turut mengakui status sebagai pasangan beregu No.1 negara turut membawa tekanan tinggi yang kini semakin dirasai setiap kali turun ke gelanggang.

“Tekanan sentiasa ada, tapi yang penting ialah cara kami menguruskan situasi dalam perlawanan,” kata Sze Fei.

Kekalahan ini hadir selepas persembahan konsisten mereka di beberapa kejohanan sebelum ini, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada isu mental masih membayangi kekuatan sebenar mereka.

Beregu ini dijadual meneruskan kempen musim ini di Terbuka Jepun pada 15 hingga 20 Julai ini dan Terbuka China (22-27 Julai) yang bakal menjadi medan penting untuk menebus semula kekecewaan dari Jakarta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN