KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) Datuk Mohd Sumali Reduan secara tidak rasmi kekal menerajui badan induk itu selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bebas Pemilihan Jawatan Tertinggi PSM, Profesor Dr. Mohad Anizu Mohd Nor, jawatan Presiden PSM bakal menyaksikan Sumali kekal sebagai calon tunggal selepas tarikh tutup pencalonan pada 22 Jun lalu. Bagaimanapun, saingan bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dijangka berlangsung sengit…