Skuad bola tampar pantai negara lakar sejarah kali keempat

Skuad bola tampar pantai negara lakar sejarah kali keempat

SKUAD bola tampar Malaysia sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Dunia Bawah 21 Tahun (B-21) Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) yang akan berlangsung di Puebla, Mexico.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad bola tampar pantai negara sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Dunia Bawah 21 Tahun (B-21) Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) yang akan berlangsung di Puebla, Mexico.

Kejayaan itu menyaksikan Malaysia layak ke pentas dunia empat tahun berturut-turut sejak 2022, sekali gus membuktikan prestasi konsisten skuad remaja negara dalam sukan bola tampar pantai.

Bermula dengan kelayakan ke Kejohanan Dunia B-19 pada 2022, pasukan negara terus mengorak langkah cemerlang apabila menempah slot ke Kejohanan Dunia B-21 pada 2023 dan kembali ke Kejohanan Dunia B-19 pada 2024 sebelum sekali lagi melakar kejayaan luar biasa pada tahun ini.

Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) berkata, kejayaan ini hasil dedikasi dan komitmen penuh pemain, jurulatih serta pengurusan sepanjang Kejohanan Bola Tampar Pantai Asia Ke-6 yang sudah melabuhkan tirainya, semalam.

“Pencapaian ini adalah hasil dedikasi yang berterusan, kerja keras tanpa henti, dan semangat berpasukan yang tidak dapat dipecahkan.

“Di sebalik setiap servis dan setiap kemenangan tersulam darah, keringat dan jiwa yang percaya kepada kuasa bola tampar Malaysia,” katanya MAVA dalam satu kenyataan.

Antara individu penting di sebalik pencapaian ini termasuk jurulatih dan pengurus iaitu Wan Kok Pin, Mohd Noor Aizuddin, Bun Lai Ken, Khoo Chong Long, Ace Chia, Khalid B.Libar, Syariful Anwar, Tan Han Por, Giam serta Pengerusi bola tampar pantai, Hean Boon Yew.

MAVA turut menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus memberi sokongan padu kepada skuad negara yang membawa semangat, harapan dan nama baik Malaysia ke pentas dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN