SK Bandar Baru Batang Kali miliki bilik persalinan

SK Bandar Baru Batang Kali miliki bilik persalinan bolasepak ‘profesional’

SUASANA ceria bilik sukan SK Bandar Baru Batang Kali, Selangor yang diubahsuai kepada bilik persalianan pasukan bolasepak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Demi memberikan suasana yang lebih kondusif kepada murid, seorang guru di SK Bandar Baru Batang Kali Selangor tampil dengan idea kreatif mengubah suai bilik sukan sekolah menjadi seakan-akan ruang persalinan pemain bola sepak.

Usaha itu lahir daripada minat mendalam terhadap dunia pendidikan dan hasrat untuk mencipta ruang yang lebih selesa, mesra murid serta dapat dimanfaatkan dalam jangka masa panjang.

Apa yang lebih membanggakan, inisiatif tersebut berjaya disiapkan sehari sebelum sambutan Hari Guru, menjadikannya hadiah istimewa buat sekolah dan murid oleh seorang guru sekolah guru sekolah berkenaan, Muhamad Tarmizi Awang@Yaacob yang membuat keputusan melaksanakan inisiatif berkenaan , sebaik sahaja beliau berpindah dari SK Kampung Kut di Daro, Sarawak ke sekolah baharunya di Selangor pada Ogos tahun lalu.

Inisiatif tersebut dimulakan bulan kedua selepas melapor diri. Saya nampak potensi ruang ini untuk dijadikan sesuatu yang lebih menarik dan bermanfaat kepada warga sekolah, jadi saya teruskan walaupun memerlukan kos yang agak tinggi.

Tambahnya, proses menyiapkan bilik sukan itu memerlukan perancangan teliti kerana beliau juga perlu menguruskan komitmen sebagai guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

“Jadi saya manfaatkan masa terluang ketika tiada kelas dan selepas tamat waktu persekolahan untuk siapkan ruang ini sedikit demi sedikit.

“Sewaktu di Sarawak dulu, saya pernah bercita-cita hendak buat transformasi sebegini, tapi banyak kekangan terutama dari segi logistik dan kemudahan membawa bahan hiasan ke kawasan pedalaman,” jelasnya.

Tambah Muhamad Tarmizi, kebanyakan wang yang digunakan untuk mengubah suai bilik itu adalah datang daripada wangnya sendiri serta menggunakan barangan terpakai.

SATU sudut ruangan bilik persalinan pemain bola sepak.

“Kos keseluruhan ubah suai bilik sukan ini lebih kurang RM5,000, menggunakan barang kitar semula, lakukan sendiri (DIY), dan bahan murah lain seperti kayu palet dan cat.

“Kebanyakannya saya guna duit sendiri secara berperingkat mengikut kemampuan,” katanya.

Muhamad Tarmizi berkata, pemilihan tema bola sepak adalah disebabkan dirinya menggemari sukan itu sejak kecil selain ingin memberi suntikan semangat kepada pelajarnya.

“Transformasi bilik sukan ini bukan sahaja memberi impak kepada murid, malah mencuri perhatian ramai di media sosial. Perkongsian di TikTok dan Facebook menerima ribuan tontonan, membuktikan bahawa usaha kecil dengan jiwa besar mampu menyentuh hati masyarakat.”

“Saya memang memang minat bola sepak sejak kecil dan saya lihat sukan ini sebagai satu simbol semangat berpasukan dan berdisiplin.

“Saya ingin pelajar rasa bahawa mereka ini ‘pemain profesional’ apabila melangkah masuk ke dalam bilik ini. Pemilihan Harimau Malaya adalah untuk mereka lebih bersemangat seperti pasukan bola sepak kita sekarang.

“Ia juga dekat dengan jiwa pelajar lelaki dan dari situ kita boleh tarik minat mereka ke arah hidup yang lebih aktif,” katanya. Lebih terinspirasi apabila beliau dipanggil ke sekolah lain bagi memberi perkongsian terhadap usahanya itu membantu guru lain membuat inisiatif yang sama. “Saya juga pernah dijemput oleh pejabat pendidikan daerah (PPD) untuk bagi ceramah tentang amalan baik yang saya lakukan.

“Saya berkongsi tentang cara untuk menghasilkan bilik yang cantik, beri idea pada mereka tentang pengurusan bilik serta keluar masuk peralatan suka supaya lebih sistematik.

“Ada juga pihak sekolah lain yang hadir ke sekolah saya seperti sekolah dari daerah Hulu Langat untuk melihat sendiri bilik sukan yang sudah diubah suai itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurut Muhamad Tarmizi perubahan positif yang dilakukan anak muridnya kelihatan begitu jelas selepas bilik tersebut diubah suai.

“Perubahan yang saya dapat lihat adalah emosi baik dan motivasi mereka semakin meningkat kerana mereka berasa dihargai ketika masuk ke bilik ini.
“Kini, dengan lokasi sekolah yang lebih mudah diakses, beliau tekad merealisasikan impian itu walaupun berdepan cabaran lain seperti masih belum mengenali murid dan warga sekolah sepenuhnya.
“Alhamdulillah, murid dan guru di sini sangat membantu. Murid turut serta mengecat, manakala rakan guru banyak menyumbang tenaga dan idea. Ini bukan hasil kerja saya seorang, tetapi usaha bersama,” katanya.

Bilik sukan yang telah berwajah baharu itu kini dihias tema pasukan bola sepak negara, termasuk potret legenda Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN