Saiful optimis skuad hoki B-18 mara ke separuh akhir Piala Asia

Saiful optimis skuad hoki B-18 mara ke separuh akhir Piala Asia

NOR Saiful Zaini Nasiruddin (tiga dari kiri) selepas sidang media pasukan hoki bawah 18 negara yang menyertai Piala Asia B-18 di China pada 3 hingga 13 Julai ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad hoki remaja kebangsaan, Nor Saiful Zaini Nasiruddin optimis pasukan bawah 18 (B-18) mampu mara ke peringkat separuh akhir Piala Asia B-18 di China pada 3 hingga 13 Julai ini.

Nor Saiful dipertanggungjawabkan untuk memantau skuad B-18 negara yang kini di bawah bimbingan Mohd. Sufian Mohamad berkata, selepas melihat senarai pencabar dia optimis dengan kemampuan pasukan kebangsaan.

“Di atas kertas, pasukan yang ambil bahagian, saya fikir kita boleh mara ke separuh akhir dan kalau kita main dengan baik kita boleh pergi ke final. Itu sasaran saya untuk pasukan.

“Kita tak tahu kekuatan (lawan) tapi kita tahu daripada segi pembangunan di negara mereka, India adalah pasukan No. 1 kerana mereka ada banyak perancangan manakala pasukan lain saya belum nampak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kejohanan yang berlangsung di Pusat Latihan Hoki Kebangsaan Dazhou, China itu menyaksikan Malaysia diletakkan dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Jepun, Kazakhstan, Taiwan dan Uzbekistan.

Kumpulan A pula dibarisi oleh Bangladesh, China, Hong Kong, Pakistan dan Sri Lanka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN