Cerita 1 Abadi yang mutlak hanya milik Tuhan Maha Pencipta, ketimbang abadi bagi manusia bersifat sementara. Pengalaman tentang masa silam yang sering diulang sorot juga sementara. Pak Nasir menyerikan Ahad dengan mengelamun di balkoni. ‘Azi, beginilah aku menempuh hari tua, hidup mandiri sejak kau pergi.’ Suara Syamin dari dapur kedengaran. “Ayah, nak air lagi?” “Cukup along, masih ada lagi,” balas Pak Nasir. Along Syamin, itulah anak sulung, kini sudah lebih…










