Perang Iran-Israel: Tiada pelajar tajaan Mara terkesan setakat ini

Perang Iran-Israel: Tiada pelajar tajaan Mara terkesan setakat ini

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada rakyat Malaysia terutama pelajar di Jordan yang terkesan dengan serangan Israel terhadap Iran.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Amran Mohamed Zin kepada Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berdasarkan tangkap layar perbualan aplikasi WhatsApp yang dikongsikan Asyraf Wajdi.

Asyraf Wajdi berkata, Mara memantau situasi terkini melibatkan seramai 685 pelajar tajaannya di Jordan, lantaran kemungkinan perang.

“Situasi sama melibatkan rakyat Malaysia yang turut dilaporkan oleh kedutaan kita di negara-negara Timur Tengah yang lain, menunjukkan bahawa rakyat Malaysia tidak terjejas.

“Saya telah mengarahkan semua misi diplomatik kita di Iran dan seluruh negara Timur Tengah agar memberikan keutamaan tertinggi kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat kita, serta sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan,” maklum Amran kepada Asyraf Wajdi.

Iran menghantar lebih 100 dron ke wilayah Israel sebagai tindak balas terhadap sera­ngan udara yang dilancarkan rejim itu ke pelbagai sasaran di Teheran.

Susulan itu, Israel mengisytiharkan perintah darurat nasional bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.

Tindakan Iran itu selepas rejim Zionis melakukan serangan terhadap negaranya sehingga membunuh Ketua Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC), Hossein Salami serta dua saintis nuklear terkemuka, Mohammad Mehdi Tehranchi dan Fereydoun Abbasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN