UMNO gesa tangguh RUU PSB, lantik Johari wakili parti dalam rundingan

UMNO gesa tangguh RUU PSB, lantik Johari wakili parti dalam rundingan

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO menggesa agar pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat minggu hadapan ditangguhkan bagi memberi ruang kepada sesi libat urus yang lebih menyeluruh.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Dr. Asyraf WajdiAsyraf Wajdi Dusuki berkata, penangguhan itu penting demi memastikan pandangan semua pihak yang berkepentingan dapat diambil kira sebelum RUU tersebut dimuktamadkan.

“UMNO prihatin dengan keresahan rakyat berkaitan RUU PSB. Justeru satu Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar diadakan pada hari ini yang menghimpunkan pelbagai pihak termasuk pimpinan parti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik, pemaju dan individu pelbagai kaum.

“Selaras dengan resolusi konvensyen, UMNO berpendirian untuk menangguhkan RUU PSB sedia ada dan tidak meneruskan pembentangan di sesi Sidang Dewan Rakyat akan datang sehingga dilakukan rombakan besar yang mengambil kira kepentingan semua pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, UMNO telah melantik Naib Presiden parti, Datuk Seri Johari Abdul Ghani untuk mewakili parti dalam rundingan serta membawa pendirian UMNO bagi tujuan penambahbaikan RUU berkenaan.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, UMNO akan memastikan kerajaan melakukan segala usaha untuk melindungi keselamatan dan pembebasan tanpa syarat semua sukarelawan Malaysia yang terlibat dalam misi Global Sumud Flotilla.

“UMNO meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya terus konsisten dan tegas membawa suara Malaysia untuk dunia mengiktiraf Palestin dan mendesak Israel menghentikan kezaliman dalam operasi penghapusan etnik di Gaza,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN