Norris takluk GP Austria

Norris takluk GP Austria

LANDO Norris keluar dari keretanya selepas memenangi Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Austria di litar perlumbaan Red Bull Ring di Spielberg, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SPIELBERG: Pelumba McLaren, Lando Norris menebus kekecewaan di Grand Prix (GP) Kanada dua minggu lalu apabila muncul juara GP Austria 2025 sebentar tadi, sekali gus merapatkan jurang mata dengan pendahulu kejuaraan yang juga rakan sepasukannya, Oscar Piastri.

Norris, yang bermula dari petak utama, mengekalkan ketenangan sepanjang saingan sengit bersama Piastri dan meraih kemenangan ketujuh dalam karier Formula Satu (F1) di Red Bull Ring.

Piastri, yang bermula dari petak ketiga, menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala Charles Leclerc dari Ferrari melengkapkan podium di tempat ketiga.

Insiden dramatik berlaku di pusingan pertama apabila juara dunia bertahan, Max Verstappen tersingkir selepas dirempuh pelumba Mercedes, Kimi Antonelli yang terkunci tayar ketika masuk selekoh ketiga.

Pasukan Williams turut menerima nasib malang apabila kedua-dua pelumbanya, Carlos Sainz dan Alexander Albon gagal menamatkan perlumbaan, dengan Sainz terbakar sebelum perlumbaan bermula.

Lewis Hamilton menamatkan saingan di tempat keempat buat Ferrari, manakala perlumbaan itu menyaksikan McLaren semakin mengukuhkan kedudukan sebagai pencabar utama kejuaraan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN