Norris, Leclerc tidak sertai latihan bebas di Austria

Norris, Leclerc tidak sertai latihan bebas di Austria

PEMANDU McLaren, Lando Norris (tengah) bersama rakan sepasukannya, Oscar Piastri (tengah) dan Charles Leclerc berdiri di atas podium selepas Grand Prix Sepanyol di Barcelona, 1 Jun lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pasukan Formula Satu (F1), McLaren bakal menurunkan pelumba muda, Alex Dunne dalam sesi latihan bebas pertamanya pada Grand Prix (GP) Austria hujung minggu ini.

Dunne, yang kini mendahului kejuaraan pemandu Formula Dua (F2) akan menggantikan Lando Norris untuk sesi selama 60 minit itu.

Situasi sama turut berlaku dalam pasukan Ferrari apabila Charles Leclerc turut tidak beraksi pada sesi latihan bebas di GP Austria apabila tempatnya digantikan Dino Beganovic.

McLaren mengesahkan penyertaan Dunne yang bakal menjadi rakyat Ireland pertama mengambil bahagian dalam GP sejak Ralph Firman pada 2003.

“Ini merupakan satu peluang yang luar biasa untuk memandu semasa latihan bebas di Austria. Saya sangat teruja untuk mendapatkan pusingan di belakang stereng MCL39 dan membantu pasukan dalam menetapkan tetapan untuk hujung minggu perlumbaan nanti.

“Saya telah membuat persediaan dengan baik untuk sesi ini, termasuk mengambil bahagian dalam ujian kereta lama menggunakan MCL60 dan menghabiskan masa di simulator yang telah menjadi pengalaman pembelajaran yang hebat.

“Ini merupakan satu langkah penting dalam pembangunan saya melalui Program Pembangunan Pemandu McLaren dan saya sangat teruja untuk menyertai pasukan di litar,” kata Dunne.

Setiap pasukan diwajibkan untuk memberikan empat sesi latihan kepada pemandu rookie sepanjang musim 2025, iaitu dua kali ganda daripada keperluan berbanding tahun lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN