Madrid kembali ke F1, Imola digugurkan musim 2026

Madrid kembali ke F1, Imola digugurkan musim 2026

PELUMBA Red Bull, Max Verstappen ketika melintasi garisan penamat pada Grand Prix Emilia Romagna di Litar Imola, Itali, bulan lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kalendar Formula Satu (F1) 2026 diumumkan dengan kejutan apabila Madrid kembali ke pentas utama sukan itu selepas 45 tahun, manakala Imola di Itali digugurkan daripada senarai.

Perlumbaan di ibu kota Sepanyol itu akan berlangsung pada 11 hingga 13 September menerusi litar baharu “Madring” yang unik dengan gabungan jalan raya dan trek kekal.

Presiden F1, Stefano Domenicali berkata, Madrid bakal membawa semangat baharu ke dalam F1 dan menjadi sebahagian daripada era baharu yang lebih hijau dan mendebarkan.

“Madrid akan membawa semangat baharu ke dalam F1 dan menjadi sebahagian daripada era baharu yang lebih hijau dan mendebarkan.

“Kami juga teruja menyambut jenama besar seperti Audi, Cadillac dan Ford yang akan memperkuatkan lagi saingan di grid,” kata Domenicali.

Musim 2026 kekal dengan 24 perlumbaan yang bermula di Melbourne, Australia pada 6 hingga 8 Mac dan melabuhkan tirai di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 4 hingga 6 Disember.

Perubahan dramatik turut melibatkan Grand Prix (GP) Monaco yang dialihkan ke 5 hingga 7 Jun dan GP Kanada yang dipercepatkan ke 22 hingga 24 Mei.

GP Belanda di Zandvoort pula akan menjadi edisi terakhir pada 21 hingga 23 Ogos 2026, sekali gus penutup buat perlumbaan di tanah air juara dunia empat kali, Max Verstappen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN