PASUKAN saintis Eropah menemukan spesies kulat baharu yang mampu mengubah labah-labah gua menjadi seperti ‘zombi’. Kulat ini dilaporkan dapat menarik labah-labah keluar dari sarangnya sebelum membunuh dan kemudian menggunakan tubuh serangga yang mati itu untuk menyebarkan sporanya. Spesies baharu yang dinamakan Gibellula attenboroughii ini berfungsi seperti kulat zombi pada semut dan dipercayai mampu mengawal tingkah laku mangsanya supaya bergerak ke tempat yang lebih sesuai bagi penyebaran sporanya. Penemuan unik ini…