Hormati pelumba lain - Marc Marquez

Hormati pelumba lain – Marc Marquez

AKSI pelumba Ducati, Marc Marquez (kanan) dalam Grand Prix Belanda, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Assen, BELANDA: Pelumba Ducati, Marc Marquez berang terhadap pengkritik yang mendakwa pesaingnya tidak berlumba dengan bersungguh-sungguh menentangnya selepas melakar kemenangan tipis di MotoGP Belanda, semalam.

Marquez menjadi pilihan utama untuk bersaing merebut kemenangan setiap hujung minggu setakat ini, apabila dia kini berada 68 mata di hadapan dalam kejuaraan selepas meraih kemenangan berganda di Assen.

Namun, dalam beberapa minggu kebelakangan ini, beberapa pesaing Marquez terutamanya adiknya, Alex Marquez yang kini di tempat kedua dalam kedudukan menerima kritikan kerana dianggap berlumba dengan pendekatan berbeza terhadap abangnya.

Selepas kemenangan Grand Prix Belanda, Marc menewaskan Marco Bezzecchi dengan perbezaan hanya 0.635 saat, pelumba berusia 32 tahun itu membidas dakwaan tersebut dan menyeru agar menghormati semua pelumba.

“Berkaitan dengan soalan ini, saya ingin beritahu orang ramai bahawa mereka perlu menghormati semua pelumba kerana semalam (kelmarin) dalam sidang media mereka mula berkata ‘adik kamu (Alex) tidak menyerang kamu seperti pelumba lain’, malah beberapa mekanik beritahu saya di media sosial orang mula bercakap perkara seperti ini.

“Hari ini (kelmarin) Marco, kenapa dia tidak menyerang saya? Sebenarnya, jika pelumba di hadapan berada pada tahap yang sama, di litar ini yang sangat sempit, kamu memang tidak boleh menyerang pelumba di hadapan.

“Jadi, semalam (kelmarin) saya pertahankan Alex sebaik mungkin dan hari ini (semalam) saya pertahankan Marco sebaik mungkin.

“Saya tahu mereka lebih laju di selekoh 11 dan 12, kawasan paling laju dan paling sempit malah jika kamu berada di garisan yang betul, mereka memang tidak boleh menyerang.

“Saya hanya kuat di zon membrek, jadi saya bertahan dengan baik dan dengan cara itu, saya memperoleh 37 mata.

“Tapi sekali lagi, hormatilah pelumba MotoGP kerana mereka mempertahankan warna pasukan masing-masing dan semua di atas grid mahu menang tetapi masalahnya, hanya seorang sahaja boleh menang,” kata Marc. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN