Gempa bumi di Laut Scotia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

Gempa bumi di Laut Scotia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter yang berlaku di Laut Scotia petang tadi tidak membawa sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa tersebut berlaku pada pukul 4.32 petang dengan kedalaman 10 kilometer (km).

Pusat gempa dikesan berada kira-kira 3,152 km di tenggara Puerto Montt, Chile.

Namun, MetMalaysia mengesahkan situasi itu tidak memberi sebarang kesan kepada Malaysia termasuk ancaman tsunami. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN