Gattuso dilantik bimbing Itali

Gattuso dilantik bimbing Itali

BEKAS pemain Itali, Gennaro Gattuso bakal melatih pasukan negaranya itu susulan daripada pemecatan Luciano Spalletti baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Pengurus pasukan Itali, Gianluigi Buffon, mengesahkan bahawa mereka akan melantik Gennaro Gattuso sebagai jurulatih baharu bagi menggantikan Luciano Spalletti yang dipecat.

Skuad Azzurri tidak mempunyai jurulatih selepas Spalletti dipecat susulan kekalahan 3-0 kepada Norway, walaupun dia masih berada di bangku simpanan semasa kemenangan 2-0 ke atas Norway.

“Kami telah membuat keputusan terbaik yang mungkin. Kami sedang mengusahakannya, sekarang hanya menunggu butiran akhir.

“Presiden dan persekutuan telah melalui hari-hari yang sibuk dengan pelbagai perkara. Saya rasa pada akhirnya kami telah membuat keputusan terbaik,” kata Buffon kepada RAI Sport.

Pilihan utama sebenarnya adalah Claudio Ranieri, tetapi dia telah pun membuat komitmen untuk menjadi penasihat khas Roma dan mengumumkan persaraannya daripada kejurulatihan.

Walaupun terdapat calon lain seperti Stefano Pioli, Daniele De Rossi dan Fabio Cannavaro, ternyata Gattuso menjadi pilihan utama.

Terdapat pertemuan dengan Buffon dan kemudian bersama Presiden Persatuan Bolasepak Itali (FIGC), Gabriele Gravina untuk menyusun butiran kontrak.

“Kami sedang mencabar diri kami sendiri terlebih dahulu, tetapi perkara paling penting ialah kami perlu mengelakkan persembahan memalukan yang tidak wajar bagi Itali.

“Terdapat pelbagai cara untuk kalah, dan saya rasa kita boleh mengelakkan cara yang paling buruk dengan sedikit penyesuaian,” kata Buffon yang merupakan ketua delegasi FIGC.

Skuad Nazionale akan beraksi semula dalam kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Estonia pada 5 September ini dan seterusnya menentang Israel pada 8 September. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN