Kisah Wan Piah memakai susuk menjadi rahsia Sarip dan rakan-rakannya. Mereka tidak menceritakan perkara tersebut kepada orang lain kerana takut jika terbongkar nanti pastinya rahsia mereka mengendap di rumah Wan Piah akan diketahui ramai. Saban hari seperti lazimnya Wan Piah akan bersiar-siar di pelosok kampung. Dia masih lagi menguntum senyuman dan melirikkan matanya yang seksi apabila ditegur atau diusik oleh lelaki yang berselisih dengannya. Perkara sedemikian membuatkan Sarip dan rakan-rakannya…