Final terburuk saya - Sabalenka

Final terburuk saya – Sabalenka

REAKSI pemain tenis Belarus, Aryna Sabalenka selepas kalah di final Terbuka Perancis di Kompleks Roland Garros, Paris, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Bintang tenis No. 1 dunia, Aryna Sabalenka menyifatkan kekalahannya kepada Coco Gauff di Terbuka Perancis semalam sebagai final terburuk yang pernah dilaluinya selepas persembahan yang dipenuhi kesilapan telah memusnahkan harapannya untuk merangkul gelaran Grand Slam keempat.

Sabalenka memenangi set pembukaan dalam keadaan berangin di Paris tetapi menyaksikan trofi terlepas daripada genggamannya selepas mencatat 70 kesilapan, tertinggi dalam kejohanan tersebut.

Pemain berusia 27 tahun itu mengalami kekalahan kedua berturut-turut di final Grand Slam selepas tewas di Australia, dengan Gauff menewaskannya 6-7 (5/7), 6-2, 6-4 untuk merangkul gelaran utama keduanya.

“Ia memang, sejujurnya, permainan tenis paling teruk yang saya mainkan dalam beberapa bulan ini.

“Keadaan cuaca sangat teruk, dan dia (Gauff) lebih baik dalam keadaan seperti ini berbanding saya. Saya rasa ini final paling teruk yang pernah saya mainkan,” kata Sabalenka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN