Djokovic, Sinner mara ke suku akhir Terbuka Perancis

Djokovic, Sinner mara ke suku akhir Terbuka Perancis

NOVAK DJOKOVIC - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Novak Djokovic mara ke suku akhir Terbuka Perancis buat kali ke-19 sekali gus memperbaharui rekod peribadinya manakala pemain No. 1 dunia, Jannik Sinner membenam Andrey Rublev dengan kemenangan straight set.

Pemain berusia 38 tahun itu mudah menewaskan wakil Britain, Cameron Norrie, dalam tiga set 6-2, 6-3, 6-2 di gelanggang Philippe Chatrier, sekaligus mencatat kemenangan ke-100 Djokovic di Terbuka Perancis.

Rekod 19 kali mara ke suku akhir di Roland Garros ini adalah yang tertinggi bagi mana-mana kejohanan Grand Slam tunggal, mengatasi 18 penampilan suku akhir Roger Federer di Wimbledon.

Namun Djokovic, juara tiga kali di Paris, mempunyai sasaran lebih besar dengan memburu rekod baharu 25 kejuaraan Grand Slam sepanjang kerjaya.

“Saya rasa baik. Saya tahu saya boleh bermain dengan lebih baik tapi 12 set dimainkan, 12 set dimenangi, ini permulaan yang mantap.

“Ia hebat, tetapi kemenangan ke-101 akan lebih manis. Saya sangat berbesar hati… Tapi saya perlu teruskan sekarang,” kata Djokovic, yang bakal berdepan ujian sebenar menentang pemain nombor tiga dunia, Alexander Zverev esok.

Djokovic belum bertemu mana-mana pemain yang berstatus ranking lebih tinggi daripada kedudukan ke-73 dalam empat pusingan pertama.

Zverev, naib juara tahun lalu, mara ke suku akhir ketujuh di Roland Garros selepas lawannya dari Belanda, Tallon Griekspoor, menarik diri akibat masalah abdomen ketika ketinggalan 6-4, 3-0.

Pemain Jerman itu masih memburu kejuaraan Grand Slam pertamanya selepas tewas kepada Carlos Alcaraz dalam final Terbuka Perancis 2024 dan kemudian menjadi naib juara kepada Sinner di Terbuka Australia tahun ini.

“Novak Djokovic tidak pernah dianggap sebagai ‘kuda hitam’. Bagi saya, Carlos adalah pilihan utama. Kemudian saya rasa tiga yang seterusnya adalah Jannik, saya, dan Novak, kan? Saya tetap percaya begitu,” kata Zverev. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN