WASHINGTON: Presiden Donald Trump berikrar pada Rabu untuk menyerang Iran secara tanpa henti dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang dan berkata bahawa pasukan Amerika Syarikat (AS) hampir mencapai penyelesaian perang. “Dalam dua hingga tiga minggu akan datang, kami akan membawa mereka kembali ke Zaman Batu, di mana mereka patut berada,” kata Trump dalam ucapannya kepada rakyat AS. Beliau menambah bahawa pasukan AS akan mencapai semua matlamat di medan…










